Monday, 18 June 2018
KENYATAAN TAWARAN TENDER
Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor ‐ kontraktor tempatan yang berpengalaman dan memenuhi syarat pendaftaran untuk mengambil bahagian di dalam tender berikut;
BUTIR-BUTIR TAWARAN
NO. SEBUT HARGA :
NIOSH/NO.SH.25/2018- PMD

CADANGAN UBAHSUAI BILIK LATIHAN SEDIA ADA KEPADA BILIK MESYUARAT PENGURUSAN DI BANGUNAN UTAMA INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA (NIOSH) LOT 1 JALAN 15/1 SEKSYEN 15, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN DIJUAL
TARIKH :8 JUN 2018 -28 JUN 2018
JAM : Jam 9.00 pagi – 4.00 ptg
 
(Setiap hari bekerja kecuali cuti umum)
 

Unit Perolehan, Bahagian Kewangan dan Perolehan,
National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH),
Lot 1, Jalan 15/1, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

SYARAT PEROLEHAN
  1. Mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dalam kategori Pembinaan Bangunan (B) Pengkhususan B04 berdaftar dengan CIDB.
  2. Mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Gred G1 yang berdaftar dengan CIDB.
  3. Mempunyai Sijil Pendaftaran Bumiputera (STB) yang dikeluarkan PKK.
  4. Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja am bangunan / kerja – kerja ubahsuai dalaman.
  5. Lawatan tapak adalah WAJIB.
TARIKH, TEMPAT TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

Tarikh : 8 JUN 2018, JUMAAT
Jam : 10.30 PAGI
Tempat : BILIK MESYUARAT ADIL,BANGUNAN UTAMA, NIOSH

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA
HARI : KHAMIS
TARIKH : 28 JUN 2018
JAM : 03.00 petang
 
SEBUT HARGA YANG DITERIMA LEWAT MELALUI SERAHAN TANGAN / KURIER / POS TIDAK AKAN DILAYAN.
  1. Harga dokumen tawaran sebut harga ialah RM10.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh sahaja) bagi setiap satu dokumen. Bayaran adalah secara tunai dan tidak akan dikembalikan.
  2. Taklimat sebut harga hanya boleh dihadiri oleh pemilik syarikat atau wakil syarikat yang sah dengan mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) bagi dokumen-dokumen berikut;
    i. Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang masih sah dan berkuatkuasa seperti syarat wajib di atas.
    ii. Salinan sijil taraf Bumiputera dari Kementerian Kewangan
    iii. Surat wakil kuasa adalah WAJIB sekiranya wakil syarikat yang menghadiri taklimat.
  3. Dokumen tawaran sebut harga boleh dibeli oleh pemilik syarikat / wakil syarikat yang sah sahaja selepas taklimat sebut harga dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti di para 2.
  4. Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dengan mencatatkan Nombor Sebut Harga dan Tajuk Sebut Harga di bahagian kiri atas sampul surat dengan jelas dan terang. Sila hantar dan masukkan dokumen sebut harga ke dalam peti tender SEBELUM atau PADA 28 JUN 2018 jam 3.00 petang.

PENGARAH EKSEKUTIF
U/P : PETI TENDER, UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN KEWANGAN DAN PEROLEHAN
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)
LOT 1, JALAN 15/1, SEKSYEN 15,
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN

Read 30 times Last modified on Thursday, 07 June 2018 09:24
open