Print this page
Saturday, 21 October 2017 10:41

Aspek keselamatan lemah punca tragedi - NIOSH

Written by
Rate this item
(3 votes)
news oct3
 
Oleh Siti Azila Alias

KUALA LUMPUR: Tragedi tanah runtuh yang menyebabkan 14 pekerja binaan tertimbus dekat Tanjung Bungah, Pulau Pinang, pagi tadi boleh dielakkan sekiranya majikan mengambil serius amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di tempat kerja.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata ini kerana tapak pembinaan dikategorikan sebagai zon berbahaya bukan saja kepada pekerja tetapi juga orang awam di sekitarnya.

Katanya, kelemahan majikan dengan mengabaikan kedua-dua aspek berkenaan dilihat menjadi punca kejadian sama berulang biarpun penekanan mengenainya sudah berkali-kali disuarakan sebelum ini.

"Statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menunjukkan bahawa 7,338 kes dilaporkan dalam industri pembinaan pada tahun lalu, berbanding 4,330 kes pada tahun 2011, iaitu peningkatan sebanyak 69.47 peratus.

"Berdasarkan rekod Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) pula, sebanyak 106 kematian direkodkan sepanjang tahun lalu dan 40 kematian dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

"Rekod berkenaan menunjukkan masih ramai majikan yang tidak memberi perhatian terhadap aspek keselamatan di tapak kerja. Bukan itu saja, majikan juga perlu memastikan kawasan berkenaan diperiksa lebih kerap semasa musim hujan atau cuaca buruk bagi memastikan ia selamat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, tambah beliau, pemaju dan kontraktor juga disaran mengguna pakai konsep pengenalan bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko di tempat kerja supaya dapat membantu pekerja mengenal pasti bahaya serta risiko seterusnya mencari jalan bagi mengelakkan kemalangan.

Read 5950 times Last modified on Monday, 13 November 2017 10:43