Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 999

Print this page
Wednesday, 03 October 2012 12:11

Hanya Labur RM1

Written by
Rate this item
(0 votes)

Harian Metro, 3 October 2012

KUALA LUMPUR: Semua majikan di negara ini perlu tahu bahawa setiap RM1 yang dibelanjakan untuk memberi pendedahan terhadap pencegahan kemalangan kepada seorang pekerja dapat memberi pulangan sebanyak RM1.90 kepada syarikat.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, syarikat akan menanggung kerugian lebih besar dari segi kos untuk melahirkan sumber modal insan terlatih sekiranya pekerja mereka terbabit dalam nahas jalan raya berbanding hanya RM1 diperlukan untuk kempen pencegahan kemalangan.

Menurut beliau, perkara itu dibuktikan melalui kajian dilakukan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan dan Institut Keselamatan Antarabangsa.

"Oleh itu saya berharap majikan boleh ambil kira perkara ini dan jangan melihatnya sebagai jalan pintas (mudah) kerana jalan pintas akan memberi pulangan jangka masa singkat tetapi memberi masalah berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pencegahan Kemalangan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk K Selvarajah, Pengerusi Jawatankuasa Pencegahan Bencana dan Pekerja Perkeso, Datuk Dr Vasan Sinnadurai, Pengarah Eksekutif Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Rosli Hussin dan Pengurus Besar Majlis Keselamatan Jalan Raya Jerman, Dr Christian Kellner.

Mengulas lanjut Subramaniam berkata, majikan di negara ini hari ini, bagaimanapun sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap pekerjanya.

"Salah satu tandanya terdapat penurunan 37 peratus pada kes kemalangan di tempat kerja jika dibanding 10 tahun lalu walaupun jumlah pekerja dan majikan semakin meningkat.

"Pada tahun 2000, kes kemalangan industri sebanyak 95,006 tetapi berkurang 59,897 pada tahun lalu," katanya.

Tambah beliau bagaimanapun, peratusan kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja terus meningkat ke tahap yang membimbangkan.

"Daripada 59,897 kemalangan direkodkan tahun lalu, 41.4 peratus daripadanya kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja," katanya.

Read 7958 times Last modified on Monday, 07 September 2015 11:49