NIOSH FORUM

It is currently Wed Sep 03, 2014 10:50 am

All times are UTC + 8:45 hours




Post new topic Reply to topic  [ 151 posts ]  Go to page Previous  1 ... 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16  Next
Author Message
 Post subject: Re: SCAFFOLDING AT SITE
PostPosted: Mon Feb 21, 2011 7:47 pm 
Offline

Joined: Thu Dec 13, 2007 5:15 pm
Posts: 610
Location: Melaka - KL - Penang - JB - Vietnam - Brunei - Indonesia
Comment dari Cranes Operation Safety trait....

What you are saying is indeed agreed mate! Somehow its quite sad how or the direction of our safety when the CEP offered is merely 'cukup makan' or 'lepas batuk ditangga'. We don't really look or benchmark ourself on the OSH practitioners overseas or at least our neighbors nor does not foresee what are the crucial skills needed to call ourself as Competence SHO. We are so busy addressing the importance of points system, or how the penalty should be given to SHO and at the end, when WTO (World Trade Organization) hit us..... only the tough will get going ..... we still 'bising' on whether the SHO must have diploma or degree, when even Indonesia has already implemented (long time ago) on degree / diploma requirement as SHO.... issues such as HIRARC or Risk Assessment was still indeed relatively poor on understanding by safety practitioner or other necessity skills such as scaffolding, cranes, Gas Tester or even the very basic of First Aid skills was not address anywhere .... Still remember a session when I brought up to look or benchmark to Singaporean's safety practitioner (SISO) but, I was backfired by a very senior SHO who claimed that we are better then them...and sadly the crowd cheered him.... So, that's why I personally organized an Open Forum to educate our guys on scaffolding & cranes in hoping that they'll get something here.... so, your help in addressing safety issues pertaining to Cranes & Scaffolding is highly appreciated.... cheers mate....

_________________
Mohammad Zailan Haji Siwan (Irzai)
SATC Training & Construction Services
Tel: 012-3754941 / 019-6874242
Email: zailan@scaffold-access.com
http://www.facebook.com/mohammad zailan haji siwan
http://www.skype.com/irzai1973


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: SCAFFOLDING AT SITE
PostPosted: Tue Feb 22, 2011 12:34 pm 
Offline

Joined: Thu Dec 13, 2007 5:15 pm
Posts: 610
Location: Melaka - KL - Penang - JB - Vietnam - Brunei - Indonesia
Mates...... its times for scaffolder to REGISTER!!! Please enroll yourself as members of Scaffolder association highlighted by En. Rozailan Roslan from MMHE.... Please note that he has all my blessings and supports! Lets make Scaffolder professionals in Malaysia to happen! Join us!!!

_________________
Mohammad Zailan Haji Siwan (Irzai)
SATC Training & Construction Services
Tel: 012-3754941 / 019-6874242
Email: zailan@scaffold-access.com
http://www.facebook.com/mohammad zailan haji siwan
http://www.skype.com/irzai1973


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: SCAFFOLDING AT SITE
PostPosted: Sat Feb 26, 2011 7:58 am 
Offline

Joined: Thu Dec 13, 2007 5:15 pm
Posts: 610
Location: Melaka - KL - Penang - JB - Vietnam - Brunei - Indonesia
Assalamualikum Abg Zai,

Saya budak baru blajor...Ingin tumpang bertanyer dan berharap abg sudi menjawab dan kongsi sedikit ilmu dgn saya.
Situasi: Projek saya menggunakan scaffold jenis frame dgn ketinggian lbh kurg 1.5 m utk aktiviti concrete repairing. Kemudian setelah siap, scaffold tu dipindahkan ke point berdekatan dengan cara menggangkat without dismantling the whole frames.

soalan : 1.Adakah perlu approval dpd competent scaffold inspector? As far as i know, utk frame ketinggian melebihi 14 m baru kena approved by competent person and for tubular 40 m ke atas....

Soalan 2. Pihak pengurusan mendesak saya supaya approved scaffold tersebut dan no attention at all to appoint any scaffold inspector....Saya pun endorsed tag pada scaffold tu coz base on my judgement design frame scaffold tersebut adalah quite simple and straight forward without excessing 14 m. Apa pendapat abang?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan:

Definisi scaffolding yang memerlukan pemeriksaan mengikut FMA 1967, Peraturan BOWEC adalah mana-mana scaffolding yang dipasang, ubahsuai perlu diperiksa. Maknanya dalam peraturan, even scaffolding satu tingkat juga memerlukan pemeriksaan. Penyataan mengenai 14m untuk frame / 40m untuk tubular adalah untuk menyediakan satu lukisan, pengiraan serta kelulusan oleh Jurutera Professional....

Budaya mengubahsuai perancah secara 1 tingkat ataupun 2 tingkat memang biasa dilakukan dan dibenarkan dengan berhati2, namun, keperluan meletakkan roda diperlukan apabila ianya digunakan sebagai mobile scaffold, namun, bagi kerja2 support slab atau formwork, maka penggunaan castor wheel adalah TIDAK BETUL. Selaras dengan itu, ianya dikira sebagai modified (Pengubahsuaian) yang diperlukan pemeriksaan.

Permintaan untuk menjadi inspector tanpa kompetensi jelas menjadi satu kesalahan dimana hanya kompeten scaffolder boleh dilantik menjadi inspector, namun bagi kes ini terdapat 2 considerations iaitu pertama ianya rendah dari 3m.... (1.7m setiap tingkat). Dalam SH Welfare 1970 jelas menyatakan mana2 structure melebihi 3m perlu diadakan suatu bentuk perlindungan @ tindakan .... so, pendapat peribadi saya adalah walaupun the regulation do require setiap perancah perlu diperiksa, namun saya lebih selesa menggunakan konsep 3m keatas perlu diperiksa (Hanya untuk JENIS FRAME), since kena lihat dari sudut kontraktor juga ..... & pihak JKKP .... (See from both angle)

_________________
Mohammad Zailan Haji Siwan (Irzai)
SATC Training & Construction Services
Tel: 012-3754941 / 019-6874242
Email: zailan@scaffold-access.com
http://www.facebook.com/mohammad zailan haji siwan
http://www.skype.com/irzai1973


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: SCAFFOLDING AT SITE
PostPosted: Mon Mar 14, 2011 3:53 pm 
Offline

Joined: Thu Dec 13, 2007 5:15 pm
Posts: 610
Location: Melaka - KL - Penang - JB - Vietnam - Brunei - Indonesia
Sambung balik traits lama yang dimulakan tapi 'tersangkut' ditengah jalan.....on regulation explanation. (Berdasarkan pemahaman perundangan, perbincangan dengan Scaffolder practitioners, cikgu2, DOSH officers, serta merujuk kepada punca asal / awal perundangan tersebut - Australia/New Zealand/UK)....

Ps: Harap rakan2 serta pengamal OSH boleh memperbaiki atau berbincang disini sekiranya mempunyai pandangan berbeza....

PEMBETULAN:

Selama saya mengajar, ada statement saya mengatakan bahawa SCAFFOLDER = RIGGERS.... Jawapan saya adalah...BETUL & SALAH!

BETUL: Module tersebut diajar sewaktu ropes (Ikatan) dimana scaffolder diminta mempelajari bagaimana mengikat sesuatu bahan sebelum ianya 'di lifting'....namun, setelah diperhalusi module keduanya...maka, module teknik mengikat serta mengangkat diberikan kepada scaffolder di luar negara...not in Malaysia!

SALAH: Malaysia - Kita 'cilok' module orang, untuk apa yang kita rasa BETUL, namun kita tak nampak kesannya kepada scaffolder dimasa hadapan...akibatnya.... ramai-la scaffolder yang buat 'part time' sebagai riggers..... lesson learn, bila incident atau accident berlaku! Lagipun, kebanyakan module diambil dengan mengambil kira bahawa riggers bukan kompeten di Malaysia!

_________________
Mohammad Zailan Haji Siwan (Irzai)
SATC Training & Construction Services
Tel: 012-3754941 / 019-6874242
Email: zailan@scaffold-access.com
http://www.facebook.com/mohammad zailan haji siwan
http://www.skype.com/irzai1973


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: SCAFFOLDING AT SITE
PostPosted: Mon Mar 14, 2011 5:55 pm 
Offline

Joined: Thu Dec 13, 2007 5:15 pm
Posts: 610
Location: Melaka - KL - Penang - JB - Vietnam - Brunei - Indonesia
PERUNDANGAN SCAFFOLDING STRUCTURES & MATERIALS

Scaffolding bermula dari Part X SCAFFOLDS dalam BOWEC 1986 (Regulation 72 hingga 98), namun ada beberapa bhg juga dari BOWEC yang mempunyai kena mengena dengan Scaffolding Activities, such as Chutes, Fan, Barrow Ramps serta Ladders.

Part VI: CATCH PLATFORMS

Suatu peraturan yang menekankan kepentingan perlunya sesuatu catch platform untuk menangkap debris / bahan kerja untuk kerja - kerja tapak bina yang tinggi (Bangunan Tinggi - Melebihi 12.2m) dimana ianya perlulah di bina mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam peraturan 44 (1~3) dan diluluskan oleh Jurutera Professional (Ir. Structural - Civil)

PART VII: SAFETY NETS

Regulation 55: Menekankan mengenai perlunya suatu Perundangan kedua (Secondary Protection) untuk kerja - kerja tinggi sebagai backup pada Primary Protection atau Secondary Protection.

Primary Protection: Guard Rails / Handrails
Secondary Protection: Full Body Harness
Tertiary Protection: Safety Netting


PART IX: LADDERS & STEP LADDERS

Terdapat pelbagai jenis tangga, hanya 3 Jenis tangga yang akan dibincangkan disini.....

1st - STEP LADDER
2nd - CLIMB LADDER (Termasuk A Frame Ladder)
3rd - MONKEY LADDER

JENIS STEP
Untuk tangga jenis ini, ianya adalah jenis 'pre-fabricated' dimana ianya dipasang diantara satu struktur ke satu struktur yang lain. Syarat utama ianya adalah kukuh dan stabil serta di pasang handrail (Sekurang - kurangnya satu). Untuik tangga jenis A frame, tidak boleh digunakan untuk menaiki perancah! Penggunaan jenis Tangga Frame juga terbatas sehingga maksima 2 papan pemijak terakhir dan memerlukan seorang @ sesuatu sebagai pengukuh / memegang struktur tangga tersebut!

JENIS CLIMB

Panjang subject ladder nie, tetapi secara amnya tangga perlulah dipasang secara condong (60 hingga 75 darjah condong) dan dipastikan kukuh (Jenis Climb Ladder) dan dipastikan mempunyai 1 meter diatas platform pendaratan.

Nota: KESEMUA tangga perlulah di perbuat dari standard industri (Bukan standard sendiri buat), dan material yang digunakan perlulah 'adequate' strength. Maksima sesuatu platform landasan diantara satu tangga adalah 9m (Mengikut BOWEC), namun tangga maksima di Malaysia serta std biasa / serta antarabangsa maksima adalah SEHINGGA 6M sahaja.

PART X: SCAFFOLDS

Construction

Regulation 72 (1) Nothing much...cuma dia 'mumbling' on general requirements bagi scaffold perlulah dari material yang kukuh serta mempunyai kekuatan yang mencukupi bagi tujuannya (General statement kan?)

72 (2) ~ (5) Menyebut tentang Timber Plank yang digunakan sebagai pelantar kerja .... antara requirements dia adalah:

(i) Berurat Lurus
(ii) Jenis Kayu Keras (Keruing)
(iii) Tidak rapuh atau reput
(iv) Kulit kayu yang telah disiat
(v) Tidak dicat kecuali untuk pengenalan
(vi) Tiada kecacatan kayu disorokkan

72 (6) Metal part - Pun general statement, cuma ada stress tentang bebas dari kekeratan yang boleh effect kekuatan besi tersebut
76 (7) Load Design Safety factor adalah 4 (PE Standard di Malaysia adalah 3 atau 1/3)

Regulation 73 Maintenance (Penjagaan)
73(1) Cara penstoran scaffolding material, terutamanya pergerakan luar jangkaan... (Stacking)
73(2) Pemeriksaan Scaffolding Material (Members & Fittings) perlu dilakukan sebelum digunakan atau disimpan. Serta meletakkan satu tanda dalam bahasa yang difahami (Bukan BM sahaja) di mana ianya selamat atau tidak digunakan atau material tersebut telah rosak.

Regulation 74 (Supervision & Inspection of Material)

74(1) Tiada scaffold BOLEH DIPASANG, UBAHSUAI atau DIBUKA KECUALI dengan DIRECT SUPERVISION oleh Designated person. (Designated person = Competent Scaffolder berdaftar dengan JKKP untuk tahap tertentu iaitu:)

(i) Basic Level
(ii) Intermediate Level
(iii) Advance Level


Juga: 1 Competent Person di BENARKAN HANYA MEMBAWA 4 orang Helper dalam sesuatu masa!
Sumber Rujukan: Buku panduan Pendaftaran Pengendali Perancah ke JKKP serta Definisi dalam BOWEC 1986.

74(2) Kesemua material perlu diperiksa oleh Competent Person sebelum kerja-kerja pemasangan dilakukan. (Biasanya ianya dilaksanakan oleh helper yang telah dilatih dan tahu mengenal defect barangan scaffolding & fittings)

Regulation 75 (Design & Drawing Scaffolding)

75 (1) Struktur Perancah melebihi 40 meter bagi jenis Tubular (BS 1139 Std) bagi independent structure serta 15 meter bagi jenis lain (Frame & Modular) perlu dibina mengikut Design & Drawing dari Jurutera Professional (Ir. Structure). Bawah dari itu perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah JKKP Negeri.
75 (2) Salinan Drawing & Design tersebut mestilah dihantar kepada Ketua Pengarah JKKP Negeri sebelum ianya dibina
75 (3) Salinan design & drawing yang dibuat oleh PE (Professional Engineer) mestilah diadakan ditapak bina untuk diperiksa oleh pemeriksa JKKP.

Perbincangan:

(1) Jurutera Professional merupakan suatu kuasa penuh (Unlimited) dalam meluluskan struktur perancah (Dari 2m hingga unlimited)
(2) Kelulusan bertulis KP JKKP Negeri? Tidak ada mana2 syarikat mempraktikkan ini, memandangkan pihak JKKP juga tidak begitu 'bersetuju' dengan peraturan ini. Normal praktis adalah dengan memaklumkan kepada JKKP negeri dengan cara menghantar salinan ke Pejabat JKKP Negeri dan cop penerimaan. (Akta ini dicadangkan digubal sepenuhnya, bagi memastikan ianya dilaksanakan dengan efektif)
(3) Salinan Drawing dihantar ke JKKP sebelum dibina .... bagi kes 'urgent' tak tahula berapa lama ianya boleh tunggu sehingga ianya diluluskan....so, normal practice, tak hantar salah, so..kena hantar dan dapatkan cop penerimaan, best practice would be, buat appointment dengan pegawai JKKP dan explain mengenai teknik memasang scaffold tersebut....

_________________
Mohammad Zailan Haji Siwan (Irzai)
SATC Training & Construction Services
Tel: 012-3754941 / 019-6874242
Email: zailan@scaffold-access.com
http://www.facebook.com/mohammad zailan haji siwan
http://www.skype.com/irzai1973


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: SCAFFOLDING AT SITE
PostPosted: Mon Mar 14, 2011 6:14 pm 
Offline

Joined: Thu Dec 13, 2007 5:15 pm
Posts: 610
Location: Melaka - KL - Penang - JB - Vietnam - Brunei - Indonesia
Proceed with Regulation 76

76(1) Uprights = standards = Vertical = Pole = Tiang tegak (90 darjah) perlulah dipasang secara

(a) Setegak yang boleh atau bengkok / condong sedikit kearah bangunan
(b) Dipasang secara berdekatan dengan mana2 ikatan (Intersection point) untuk memastikan ianya stabil

76(2) Untuk mengelakkan kaki standard berubah / bergerak, ianya perlulah dielakkan dengan cara samaada

(a) Menanam standard mengikut kedalaman tanah yang sesuai
(b) atau dengan meletakkan base plate yang sesuai untuk mengelakkan tergelincir...

76(3) Ledgers perlu dipasang secara mendatar yang boleh dan diikat dengan standard dengan menggunakan Right Angle Couplers (Doubles)

76(4) Sekiranya perlu menyambung ledgers yang panjang, maka sambungan tersebut perlulah dikukuhkan secara 'splicing' pada kedua-dua arah ledgers (2 points ikatan pada setiap satu = 4 clamps)

76(5) Transom atau Putlogs perlulah dipasang dengan mendatar dan diikatkan pada standard kecuali untuk putlog yang menyokong papan kerja dimana ikatan tersebut hanya untuk mengelakkan pergerakan putlogs.

76(6) Jarak diantara 2 Putlogs yang menyokong pelantar kerja perlulah ditetapkan untuk mengelakkan pelantar kerja runtuh bagi menampung beban kerja. Peraturan jarak putlog yang ditetapkan adalah:

Kayu 32mm tebal - 1 putlog bagi 1m jarak
Kayu 38mm tebal - 1 putlog setiap 1.5m jarak
Kayu 50mm tebal - 1 putlog setiap 2.6m jarak


PERBINCANGAN

Peraturan 76(1) mana2 scaffolder mesti tersenyum kalau dibenarkan memasang scaffold secara condong kearah bangunan....alamatla.... mengikut komen seorang engineer scaffold dari singapura....kebenaran condong hanyalah sehingga 5 darjah kearah bangunan.... sekiranya lebih, maka struktur tersebut akan pastinya tumbang! Ini adalah satu contoh peraturan lapok dimana mana-mana kerja pemasangan standard scaffold mestilah SETEGAK yang BOLEH!

Peraturan 76(2) membenarkan scaffold dibenam / ditanam dalam tanah??? Ini lagi satu peraturan BOWEC yang samasekali PERLU DIUBAH memandangkan pemasangan base plate serta sole plate adalah untuk mengelakkan scaffold terbenam dan seterusnya terbalik (Topple)....

_________________
Mohammad Zailan Haji Siwan (Irzai)
SATC Training & Construction Services
Tel: 012-3754941 / 019-6874242
Email: zailan@scaffold-access.com
http://www.facebook.com/mohammad zailan haji siwan
http://www.skype.com/irzai1973


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: SCAFFOLDING AT SITE
PostPosted: Mon Mar 14, 2011 6:31 pm 
Offline

Joined: Thu Dec 13, 2007 5:15 pm
Posts: 610
Location: Melaka - KL - Penang - JB - Vietnam - Brunei - Indonesia
Salam

I've a lot of videos of scaffolding, working at height, cranes and confine spaces training.... camne la nak masukkan dalam nie yea....? Kalau ader sure best kan? Anyone can advise me...camne nak upload?

_________________
Mohammad Zailan Haji Siwan (Irzai)
SATC Training & Construction Services
Tel: 012-3754941 / 019-6874242
Email: zailan@scaffold-access.com
http://www.facebook.com/mohammad zailan haji siwan
http://www.skype.com/irzai1973


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: SCAFFOLDING AT SITE
PostPosted: Fri Apr 01, 2011 3:51 pm 
Offline

Joined: Thu Dec 13, 2007 5:15 pm
Posts: 610
Location: Melaka - KL - Penang - JB - Vietnam - Brunei - Indonesia
Regulation 77

(1) Setiap struktur scaffold mestilah disokong atau 'suspended' dan sekiranya perlu, ianya perlulah dikukuhkan secara 'strutted' atau 'braced' bagi menstabilkannya.Sekiranya ianya tidak direka dengan sempurna dan dipasang secara independent, ianya mestilah di sambungkan / dipegang secara kukuh kepada bangunan berhampiran.

(2) Kesemua struktur bahan dan peralatan yang digunakan untuk menyokong / membina scaffold, pelantar kerja, laluan pekerja mestilah kuat dan mempunyai lantai / permukaan yang kukuh atau di sokong dengan kukuh / cukup dan sekiranya perlu di 'strutted' atau 'braced' bagi menjamin kestabilan.

(3) Setiap scaffold yang boleh ubah (Mobile scaffold) yang boleh digerakkan dengan roda atau menggelongsor mestilah di sokong (Kecuali jenis suspended) oleh:

(a) Dibina dengan mengambil kira kestabilan dan sekiranya perlu dipasang pemberat pada kedudukan bawah (kentledge)
(b) Digunakan hanya pada permukaan rata dan kukuh. Permukaan condong (slope) tidak dibenarkan dimana risiko ketidakstabilan
boleh berlaku terhadap scaffold tersebut atau beban yang ada padanya.
(c) Di pastikan tidak bergerak (Locking device) apabila pekerja bekerja diatasnya.
(d) Digerakkan hanya dari posisi di structure scaffold sebelah bawah

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peraturan 77 menekankan mengenai keperluan Bracing yang perlu dipasang pada setiap struktur scaffold samaada secara bebas (independent) atau berdekatan dengan bangunan. Peraturan ini digabung bersama BS 1139 dimana pemasangan bracing perlu dilakukan pada setiap tidak lebih dari 3 Bays serta perlu dipasang secara terus (Dari bawah hingga atas)

Kekuatan struktur scaffold juga perlulah dipastikan kukuh dan tidak tumbang dengan menyediakan support yang secukupnya samaada secara outrigger (Topang) dan / atau ties (ikatan) dengan konsep peraturan minima iaitu pada setiap 3Bays x 2 Lifts.

Untuk mobile scaffold, ianya mempunyai peraturan khas bagaimana ianya dipasang dan besar tapak structure tersebut ditentukan oleh ketinggian structure tersebut (3 kali tapak transom terkecil): BS 1139. Penggunaan jenis mobile juga diberikan penekanan khusus dimana penggunaannya sangat terhad dan perlu diambil kira banyak faktor, terutamanya disebabkan kestabilan structure.

_________________
Mohammad Zailan Haji Siwan (Irzai)
SATC Training & Construction Services
Tel: 012-3754941 / 019-6874242
Email: zailan@scaffold-access.com
http://www.facebook.com/mohammad zailan haji siwan
http://www.skype.com/irzai1973


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: SCAFFOLDING AT SITE
PostPosted: Fri Apr 08, 2011 12:55 am 
Offline

Joined: Thu Dec 13, 2007 5:15 pm
Posts: 610
Location: Melaka - KL - Penang - JB - Vietnam - Brunei - Indonesia
Salam...

Sekilas hati, Sedetik rasa, luahan perasaan dan meminta pandangan ....

Pagi tadi seorang pegawai tapak bina JKKP complaint direct kat aku sebagai SHO mengapa NOP dah keluar 2x pun tak diambil tindakan! Kontrektor tetap melakukan kerja menggunakan perancah yang tidak selamat! SHO mesti bekerjasama dengan JKKP dalam memaklumkan kepada kontrektor mengenai ketidakselamatan! NOP dikeluarkan mesti dipatuhi! Saje2 aje aku kena sekolah pagi2 dengan JKKP...

Mula2 diam juga, tapi bila few times highlighted issue nie.... Aku jawab direct! Jawapan aku pulak...SHO nie siapa, dalam PERUNTUKAN AKTA jelas hanya memberi nasihat kepada majikan! Sedangkan JKKP PUN GAGAL nak menasihati atau mengambil tindakan kepada pihak kontrektor bebal @ keras hati, tetiba nak minta kita (SHO) ambil tindakan! Aku maklumkan pada beliau, tindakan SHO mengeluarkan MEMO, Notis, Denda, mesyuarat khas, memanggil kontrektor scaffolding, Stop Work Order, serta panggil JKKP minta tolong ambil tindakan.... jawapan beliau, di WPKL banyak site nak jaga, bukan site tu ajer.... Apa jenis pegawai JKKP nie??? Aku bagi nasihat direct pada beliau agar heret sahaja majikan ke mahkamah! Dia meminta SHO bekerjasama dengan JKKP memberi juga nasihat! Guys...minta tolong advise camne nak buat pada pegawai camnie?

PS; Ikut aku nak adu terus ke Pengarah Negeri @ Dato teruss.... tapi rasenyer ader saluran dalam persatuan dan nak dengar apa pandangan SHO berdaftar mengenai issue ini.... I'm starting to feel sick on this matter and the direction towards OSH in this field.... mungkin kes terpencil, but as said...I'm getting sick of this matter!

Please advise mates...

Regards

Zailan
SHO Tapak Bina

_________________
Mohammad Zailan Haji Siwan (Irzai)
SATC Training & Construction Services
Tel: 012-3754941 / 019-6874242
Email: zailan@scaffold-access.com
http://www.facebook.com/mohammad zailan haji siwan
http://www.skype.com/irzai1973


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: SCAFFOLDING AT SITE
PostPosted: Thu May 26, 2011 2:25 am 
Offline

Joined: Thu Dec 13, 2007 5:15 pm
Posts: 610
Location: Melaka - KL - Penang - JB - Vietnam - Brunei - Indonesia
SCAFFOLDER BASIC VS INTERMDIATE

The main different between BASIC SCAFFOLDING & INTERMEDIATE Scaffolding adalah jenis structure tersebut. (Tak larat nak explain disini), but as Intermediate Scaffolder, one MUST BE ABLE to explain the concept of TENSION & COMPRESSION techniques dan kekuatan dia serta bila kesesuaian penggunaan. Konsep bridge atau gantry, spur strength, cantilever serta fan protection mesti clear dalam minda scaffolder tersebut! INGAT!!! Scaffolder intermediate is not ONLY ABOUT ERECTION! BUT Most crucial adalah PLANNING!!!

_________________
Mohammad Zailan Haji Siwan (Irzai)
SATC Training & Construction Services
Tel: 012-3754941 / 019-6874242
Email: zailan@scaffold-access.com
http://www.facebook.com/mohammad zailan haji siwan
http://www.skype.com/irzai1973


Top
 Profile  
 
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic Reply to topic  [ 151 posts ]  Go to page Previous  1 ... 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16  Next

All times are UTC + 8:45 hours


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot post attachments in this forum

Search for:
Jump to:  
Powered by phpBB © 2000, 2002, 2005, 2007 phpBB Group