Tuesday, 23 January 2018

NOTIS PEMBERITAHUAN : Penangguhan Operasi dan Perpindahan Pejabat NIOSH Wilayah Pantai Timur (Kemaman)

NOTIS PEMBERITAHUAN
 
Makluman Penangguhan Operasi dan Perpindahan Pejabat NIOSH Wilayah Pantai Timur (Kemaman)
 
KEPADA PELANGGAN YANG DIHORMATI,
 
Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat NIOSH Wilayah Pantai Timur (Kemaman) akan menangguhkan operasi dan akan berpindah ke lokasi baru di Kerteh dengan alamat seperti berikut:

Kampus NIOSH Wilayah Pantai Timur (Kerteh)
Lot 12853, Jalan Lapangan Terbang 
24300 Kerteh, Terengganu
No. Tel: 09-8264000/4001
 
Sehubungan itu, operasi di Pejabat Wilayah Pantai Timur ini akan ditangguhkan buat sementara waktu mulai 21hb Disember 2017 untuk kerja-kerja perpindahan. Pejabat baru NIOSH Wilayah Pantai Timur (Kerteh) akan beroperasi di pejabat baru beralamat seperti di atas mulai 1 Januari 2018.
 
Sebarang kesulitan amat dikesali. Segala kerjasama daripada pihak tuan/ puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
 
Pihak Pengurusan NIOSH
open