Friday, 22 January 2021

PEMAKLUMAN AKTIVITI LATIHAN DAN PEPERIKSAAN SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

PEMAKLUMAN AKTIVITI LATIHAN DAN PEPERIKSAAN SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) PADA 13 JANUARI 2021 SEHINGGA 26 JANUARI 2021 DI PEJABAT OPERASI NIOSH.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan pemakluman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021 adalah dirujuk.

Selaras dengan pelaksanaan PKP di negeri Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Sabah dan Labuan, kesemua pejabat operasi NIOSH di negeri-negeri tersebut adalah ditangguhkan bermula 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021. Semua aktiviti latihan dan peperiksaan secara bersemuka yang telah dijadualkan akan ditunda ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Manakala bagi aktiviti latihan dan peperiksaan secara bersemuka di pejabat operasi NIOSH di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seperti Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak dan Sarawak (Bintulu) akan beroperasi mengikut kapasiti 50% premis dan SOP yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dari masa ke semasa.

Aktviti latihan dan peperiksaan yang dijalankan secara atas talian (online) adalah berjalan seperti biasa.

Sekiranya Tuan/Puan memerlukan maklumat lebih lanjut berkenaan penangguhan tersebut boleh menghubungi pegawai NIOSH seperti berikut ataupun e-mel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (urusan berkaitan latihan) dan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (urusan berkaitan peperiksaan);

Atau boleh terus berhubung melalui perkhidmatan Whatsapp di nombor telefon berikut:

1. Jabatan Latihan dan Pendidikan HQ (ETD) www.wasap.my/60132224966
2. Bahagian Peperiksaan dan Persijilan (ECD) www.wasap.my/60196668599
3. Pejabat Wilayah Utara (NRO)www.wasap.my/60134729806 (P. Pinang) / www.wasap.my/601127017168 (Manjung)
4. Pejabat Wilayah Pantai Timur (ECRO):www.wasap.my/60122724558 (Kertih) / www.wasap.my/60129288787 (Kuantan) / www.wasap.my/60129397309 (Kota Bharu)
5. Pejabat Wilayah Selatan (SRO)www.wasap.my/60126760774 (Senai) / www.wasap.my/60124949004 (Pengerang) / www.wasap.my/60126609778 (Melaka)
6. Pejabat Wilayah Sarawak (SWRO)www.wasap.my/60138060072 (Kuching) / www.wasap.my/60138858917www.wasap.my/60138858917 (Bintulu) / www.wasap.my/60198441020 (Miri)
7. Pejabat Wilayah Sabah (SBRO)www.wasap.my/60198514777 (Kota Kinabalu) / www.wasap.my/60196783172 (Labuan) / www.wasap.my/60146775810 (Sandakan) / www.wasap.my/60163658063 (Tawau)

 

Sekian sebagai makluman dan perhatian pihak Tuan/Puan.

PENGURUSAN NIOSH

 

open