Print this page
Saturday, 23 September 2017 10:43

NIOSH syor amalan keselamatan, kesihatan pekerjaan jadi agenda rakyat

Written by
Rate this item
(0 votes)
news oct4

KUALA LUMPUR: Institut Keselamatan dan Kesihatan Negara (NIOSH) menggesa supaya amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dijadikan agenda rakyat dalam usaha mengurangkan kemalangan di tempat kerja dan kediaman.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kes kebakaran sehingga meragut nyawa termasuk tragedi 23 orang terkorban dalam kejadian di Pusat Tahfiz Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara baru-baru ini boleh dicegah sekiranya amalan KKP yang baik dilaksanakan.

Beliau berkata, NIOSH kini giat mempromosikan Wawasan Sifar dengan menekankan amalan KKP yang baik untuk mencegah kecederaan dan masalah kesihatan berkaitan pekerjaan.

"Masyarakat mesti menerima pakai konsep Wawasan Sifar kerana ia dapat membantu mengurangkan jumlah kemalangan di tempat kerja dan rumah, sekali gus menjadikan KKP sebagai agenda rakyat.

"Wawasan Sifar bukanlah sasaran baharu, tetapi perubahan dalam pemikiran kita bahawa semua kecederaan dan masalah kesihatan berkaitan pekerjaan boleh dicegah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lam Thye berkata,  pelaksanaan Wawasan Sifar bukan berkisar kepada pencapaian kemalangan sifar, tetapi lebih kepada usaha mencari penyelesaian untuk mencegah kecederaan dan masalah kesihatan berkaitan pekerjaan.

"Di peringkat global, terdapat minat yang semakin mendalam terhadap Wawasan Sifar dan kita perlu menggalakkan orang ramai untuk melaksanakan inisiatif terbabit.

"Tragedi maut termasuk kebakaran di pusat tahfiz boleh dibendung jika sistem pengurusan KKP yang baik dilaksanakan serta audit keselamatan dijalankan di tempat kerja," katanya.

Read 677 times Last modified on Monday, 13 November 2017 10:45