Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 999

Print this page
Friday, 11 January 2013 15:31

Budaya Utama Keselamatan

Written by
Rate this item
(0 votes)

Metro Harian, 11 Januari 2013

Bangi: Peningkatan kes kemalangan di tempat kerja dan ketika berulang-alik ke tempat kerja saban tahun mencetuskan rasa tanggungjawab Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menghebahkan maklumat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara lebih agresif dan holistik kepada golongan sasar.

Melalui kerjasama strategik dengan akhbar harian nombor satu negara, Harian Metro (HM), mulai hari ini maklumat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan disiarkan menerusi artikel atau grafik yang diterbit dalam akhbar ini pada setiap Jumaat.

Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye berkata, selaras jumlah pembaca HM yang majoritinya belia bekerja, beliau terpanggil menjalin kerjasama itu dengan objektif utama membudayakan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

“Justeru, kerjasama ini diharap mampu mendidik masyarakat termasuk suri rumah mengenai penjagaan keselamatan dan kesihatan ketika bekerja dalam apa juga sektor,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kerjasama Info Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Antara HM dan NIOSH bersama Pengarang Kumpulan HM Datuk Mustapa Omar di ibu pejabat NIOSH di sini, semalam. Mustapa berkata, pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) HM itu diteruskan dan kakitangan HM sendiri diharap memanfaatkan maklumat yang ada untuk keselamatan mereka.

 

Read 7448 times Last modified on Monday, 07 September 2015 11:44