LATAR BELAKANG

Konsep Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja adalah berasal dari Hari Memperingati Pekerja yang telah dimulakan oleh pekerja-pekerja Amerika Syarikat dan Kanada pada 1989 sebagai acara tahunan pada setiap 28 April untuk memperingati pekerja yang telah meninggal dunia dan cedera.

Pada Hari Sedunia tersebut, Kerajaan dan persatuan majikan serta pekerja adalah digalakkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk menganjurkan aktiviti bagi meningkatkan kesedaran di dalam persekitaran kerja masing-masing berlandaskan tema ke arah pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan. Aktiviti berbentuk peningkatan kesedaran ini juga adalah diharap dapat diteruskan sepanjang tahun.   

TEMA

“Emerging risks and new patterns of prevention in a changing world of work”  - Tema oleh ILO pada tahun ini membincangkan tentang cabaran global masa kini dan amalan terbaru di dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ia menekankan kemajuan teknologi, kemunculan risiko tempat kerja, dan perubahan bentuk pekerjaan dan tenaga kerja. Oleh yang demikian, adalah menjadi suatu keperluan untuk pendekatan pencegahan yang baru dalam menghadapi cabaran-cabaran ini. Tema kali ini juga menyeru kepada reka bentuk dan pembangunan strategi dan program inovatif di peringkat kebangsaan serta di rantauan oleh mereka yang terlibat. Peranan ILO juga diperakui dalam tanggungjawab mereka untuk memperluaskan budaya pencegahan melalui piawaian serta kepandaian teknikal.

LOKASI

Sambutan pada tahun ini akan diadakan di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Lot 1, Jalan 15/1, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor DE.

               ANJURAN :                                                                DENGAN KERJASAMA :
 
LOGO 1 MALAYSIA KSM

Logo ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam pada Majlis Perhimpunan Bulanan KSM, 14 Februari 2010. Logo yang menggabungkan unsur-unsur perpaduan, keberanian, kecekalan dan kesetiaan kepada negara ini melambangkan aspirasi kementerian dalam menjalinkan hubungan yang harmoni dan kondusif demi kemajuan ekonomi, negara dan rakyat.

Simbol 3 orang manusia –
Menggambarkan 3 pihak (tripartisme) iaitu pekerja, majikan dan Kerajaan dalam menjalinkan hubungan yang harmoni dan kondusif demi kemajuan ekonomi negara dan rakyat.

Simbol nombor 1 –
a)     Melambangkan aspirasi kementerian untuk menjadi peneraju pengurusan dan pembangunan kemahiran sumber manusia bertaraf dunia.
b)     Merujuk kepada aplikasi konsep 1Malaysia dalam meningkatkan mutu kerja kementerian.

Warna merah –
Melambangkan keberanian dan kecekalan warga KSM dalam mengharungi cabaran.

Warna biru –
Melambangkan perpaduan di mana semua jabatan / bahagian berganding bahu dan bekerjasama bagi mengejar matlamat kementerian menjadi peneraju pengurusan dan pembangunan kemahiran sumber manusia bertaraf dunia.

Warna putih –
Melambangkan kesucian dan ketelusan kementerian dari segala aspek untuk membangunkan tenaga sumber manusia.

Warna kuning –
Melambangkan kesetiaan kepada Negara dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan Negara.

Dari rujukan dan hak milik: En. Ahmad Juraimi bin Kadir –  Unit Komunikasi Korporat, KSM.

 

Search