TEMPAT : Mahkota Hotel, Melaka
TARIKH : 25 - 26 MEI 2009
YURAN : RM 380 (RM 350 seorang, sekiranya menghantar
2 orang peserta atau lebih)
HRDF Claimable and CEP APPROVED (15 points)
Click here for SBL claim
No. Rujukan ONLINE PAYMENT: ERGS02-09 (Pay here)
Ergonomik merupakan salah satu cabang
yang penting kepada industri. Ini kerana,
tempat kerja disusunatur berdasarkan pada ‘pergerakan produk yang efisien’ atau
tempat yang sesuai untuk menempatkan
mesin tanpa mengambil kira keadaan
pekerja.
Lazimnya, pekerja terpaksa menyesuaikan
diri dalam apa jua bentuk penyusunan di
tempat kerja tanpa menyedari risiko kesihatan
yang bakal dialami. Malangnya, tubuh manusia
tidak dapat disesuaikan dengan semua
keadaan. Ketidakserasian antara keupayaan
pekerja dan kapisiti yang dituntut di tempat
kerja di samping tuntutan kerja itu sendiri
akan membawa kepada ketidakcekapan
dalam produksi, penurunan kualiti kerja,
peningkatan kadar kesilapan, kemalangan
dan peralihan kerja.
Sehubungan dengan itu, NIOSH mengambil
langkah pro aktif menganjurkan seminar ini
yang menggabungkan topik-topik berkaitan
kepentingan mengenalpasti hazard serta
punca-punca risiko ergonomik secara efektif
merangkumi semua jenis industri.
Di harap seminar ini dapat membantu para
peserta mengamalkan sistem kerja yang lebih
dinamik serta dapat menangani hazard
ergonomik dan masalah-masalah berkaitan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi
meningkatkan produktiviti organisasi.
OBJEKTIF:
• Meningkatkan kefahaman majikan dan
pekerja tentang hazard ergonomik
• Mengenalpasti dan mengawal punca
hazard ergonomik
• Menerangkan dengan lebih teperinci
konsep dan keadaan ergonomik bagi
memperbaiki masalah di tempat kerja
• Membuat penaksiran tentang risiko/
aplikasi hazard ergonomik kepada pekerja
KUMPULAN SASARAN:
• Pihak pengurusan
• Pegawai Keselamatan dan Kesihatan /
Pengamal Keselamatan dan Kesihatan
• Pegawai profesional
• Pelajar IPT
• OHD / OHN
• Kakitangan perkhidmatan awam
dan swasta
TOPIK:
| 1. |
Ergonomik di Industri :
Sejarah, Perundangan,
Implementasi dan Sebagainya,
dari JKKP |
| 2. |
Proses Tuntutan PERKESO : Penerangan Khusus
untuk Penyakit-penyakit
Berkaitan Ergonomik, dari
PERKESO |
| 3. |
Implementasi Ergonomik
di Tempat Kerja : Penilaian
Tegasan Haba, dari UTEM |
| 4. |
Kaedah Penyelesaian
Ergonomik di Tempat Kerja,
dari NIOSH |
| 5. |
Penyakit-penyakit
yang berkaitan dengan
Ergonomik, dari PERKESO |
| 6. |
Rekabentuk Ruang
di Tempat Kerja : Menepati
Bentuk dan Fungsi |
| 7. |
Implementasi Ergonomik
di Tempat Kerja, dari UTM |
| 8. |
Implementasi
Ergonomik di Tempat Kerja :
Program Senaman di Pejabat,
dari NIOSH |
For more Details, please contact :-
1. Maya :
03 - 8769 2202, nurmariah[at]niosh.com.my
2. Siti Khadijah : 03 - 8769 2203, siti.khadijah[at]niosh.com.my
3. Nizuan :
03 - 8769 2206, nizuan.shah[at]niosh.com.my
Fax Number : 03 - 8926 5655 / 8926 5900

|