POLISI KUALITI

Polisi Kualiti

 

Dasar kualiti NIOSH menunjukkan komitmen pihak pengurusan dan kakitangan dalam menjalankan fungsi-fungsi aktiviti:

"Kami komited untuk cemerlang melalui peningkatan yang berterusan dalam menyampaikan produk dan perkhidmatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan kami "

Pihak pengurusan akan memastikan:

1.

 Kualiti produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan;

2.

 Pematuhan sepenuhnya kepada standard kualiti;

3.

 Kualiti produk dan perkhidmatan dipantau dan diperbaiki di setiap peringkat pengurusan dan organisasi;

4.

 Integriti sistem pengurusan kualiti dikekalkan secara konsisten dalam proses peningkatan yang berterusan;

5.

 Keberkesanan sistem pengurusan kualiti yang dikenal pasti;

6.

 Objektif kualiti sentiasa dipantau dan dikaji semula;

7.

 Kualiti difahami dan disampaikan kepada semua kakitangan bersama dengan budaya korporat penjagaan institut.