Sunday, 01 March 2026
KENYATAAN TAWARAN TENDER
Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor ‐ kontraktor tempatan yang berpengalaman dan memenuhi syarat pendaftaran untuk mengambil bahagian di dalam tender berikut;
BUTIR-BUTIR TAWARAN

NO. SEBUT HARGA : NIOSH/NO.SH.08/RMK/2026-PMD

PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENGUJI-GUNA DAN MENTAULIAH PERALATAN SAINTIFIK LATIHAN BAGI PEMBANGUNAN FASA II KAMPUS NIOSH WILAYAH PANTAI TIMUR (KERTEH) UNTUK INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA (NIOSH), KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA.

TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN DIJUAL

TARIKH : 03 MAC 2026 (SELASA) – 17 MAC 2026 (SELASA)

MASA : 10.00 PAGI – 4.00 PETANG(Isnin – Jumaat kecuali cuti umum).

TEMPAT :  INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH (NIOSH) Lot 1, Jalan 15/1, Seksyen 15,43650 Bandar Baru Bangi,Selangor Darul Ehsan.

SYARAT PEROLEHAN

Pembekal hendaklah mempunyai sijil berikut:

  1. Sijil pendaftaran pembekal daripada Kementerian Kewangan (MOF) dibawah kod kategori: 060501 (Peralatan Makmal serta Aksesori) yang masih sah tempoh.
  2. Mendaftar sebagai pembekal NIOSH melalui sistem e-vendor http://eps.niosh.net.my.
  3. Mempunyai pengalaman dalam bidang yang ditawarkan.
  4. Kehadiran taklimat adalah WAJIB.
TARIKH, TEMPAT TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

TARIKH : 03 MAC 2026 (SELASA)

JAM : 10.00 PAGI

Tempat : Bilik Perbincangan, AOSHRI Liaison Office. National Institute Of Occupational Safety And Health (NIOSH) Ibu PejabatLot 1, Jalan 15/1,Seksyen 15,43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Untuk kehadiran ke sesi taklimat, syarikat/ pembekal perlu membuat janji temu melalui email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 02.03.2026 (ISNIN) jam 3.00 petang bagi pengesahan kehadiran.

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

Tarikh : 17 MAC 2026 (SELASA)

Jam : 12.00 TENGAHARI

SEBUT HARGA YANG DITERIMA LEWAT MELALUI SERAHAN TANGAN/ KURIER/ POS TIDAK AKAN DILAYAN.

1. Harga dokumen tawaran sebut harga ialah RM50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja) bagi setiap satu dokumen. kaedah pembayaran bagi aktiviti-aktiviti NIOSH adalah secara atas talian (online) melalui pautan : https:/mypay.com.my/web/niosh.

2. Taklimat sebut harga hanya boleh dihadiri oleh pemilik syarikat atau wakil syarikat yang sah dengan mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) bagi dokumen-dokumen berikut;

  1. Sijil pendaftaran pembekal daripada Kementerian Kewangan (MOF) dibawah kod bidang 060501 (Peralatan Makmal serta Aksesori).
  2. Mendaftar sebagai pembekal NIOSH melalui sistem e-vendor http://eps.niosh.net.my.
  3. Surat wakil kuasa adalah WAJIB sekiranya wakil syarikat yang menghadiri taklimat.

3. Dokumen tawaran sebut harga akan diberikan kepada pemilik syarikat / wakil syarikat yang sah sahaja selepas sebut harga dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti di para 2.

4. Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dengan mencatatkan nombor sebut harga dan tajuk sebut harga di bahagian kiri atas sampul surat dengan jelas dan terang. Sila hantar dan masukkan dokumen sebut harga ke dalam peti Sebut harga SEBELUM atau PADA tarikh 17 Mac 2026 jam 12.00 tengahari.

PENGARAH EKSEKUTIF
U/P : PETI TENDER, UNIT PEROLEHAN
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)
LOT 1, JALAN 15/1, SEKSYEN 15
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN

Read 24 times Last modified on Thursday, 26 February 2026 14:45
open