Sunday, 03 May 2026
KENYATAAN TAWARAN TENDER
Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor ‐ kontraktor tempatan yang berpengalaman dan memenuhi syarat pendaftaran untuk mengambil bahagian di dalam tender berikut;
BUTIR-BUTIR TAWARAN

NO. SEBUT HARGA : NIOSH/NO. SH.12/2026/NSBO-FTL

CADANGAN KERJA-KERJA UBAHSUAI PEJABAT BAHARU NIOSH NEGERI SABAH (W.P LABUAN) DI UMS KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN,CADANGAN KERJA-KERJA UBAHSUAI PEJABAT BAHARU NIOSH NEGERI SABAH (W.P LABUAN) DI UMS KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN,ARAS 3, KOMPLEKS DEWAN KULIAH PUSAT, JLN SUNGAI PAGAR, 87000 W.P LABUAN

TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN DIJUAL

TARIKH : 06 MEI 2026 (RABU) –13 MEI 2026 (SELASA)

MASA : 09.00 PAGI – 04.00 PETANG (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum)

SYARAT PEROLEHAN

Pembekal hendaklah mempunyai sijil berikut:

  1. Mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang sah dengan CIDB Malaysia dalam kategori Pembinaan Bangunan (B), gred G1 serta pengkhususan B04 dan E04
  2. Mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh CIDB
  3. Mendaftar sebagai pembekal NIOSH melalui sistem e-vendor http://eps.niosh.net.my.
  4. Kehadiran taklimat adalah WAJIB.
TARIKH, TEMPAT TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

TARIKH : 06 MEI 2026 (RABU)

JAM : 12.00 TENGAHARI

Tempat : UMS Kampus Antarabangsa Labuan,UMS Kampus Antarabangsa Labuan,Aras 3, Kompleks Dewan Kuliah Pusat,Jln Sungai Pagar, 87000 W.P Labuan

MAKLUMAT PENTING: Untuk kehadiran ke sesi taklimat, syarikat/ pembekal perlu membuat janji temu melalui e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 05.05.2026 (SELASA) jam 3.00 petang bagi pengesahan kehadiran.

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

Tarikh : 14 MEI 2026 (KHAMIS)

Jam : 12.00 TENGAHARI

SEBUT HARGA YANG LEWAT DITERIMA TIDAK AKAN DILAYAN.

1. Harga dokumen tawaran sebut harga ialah RM50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ringgit Sahaja) bagi setiap satu dokumen. kaedah pembayaran bagi aktiviti-aktiviti NIOSH adalah secara atas talian (online) melalui pautan : https:/mypay.com.my/web/niosh.

2. Taklimat sebut harga hanya boleh dihadiri oleh pemilik syarikat atau wakil syarikat yang sah dengan mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) bagi dokumen-dokumen berikut;

  1. Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dalam kategori Pembinaan Bangunan (B) Pengkhususan G1 (B04 dan E04)
  2. Surat wakil kuasa adalah WAJIB sekiranya wakil syarikat yang menghadiri taklimat.

3. Dokumen tawaran sebut harga akan diberikan kepada pemilik syarikat / wakil syarikat yang sah sahaja selepas taklimat sebut harga dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti di para 2.

4. Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dengan mencatatkan nombor sebut harga dan tajuk sebut harga di bahagian kiri atas sampul surat dengan jelas dan terang. Sila hantar dan masukkan dokumen sebut harga ke dalam peti Sebut Harga SEBELUM atau PADA 14 MEI 2026 jam 12.00 tengahari.

PENGARAH EKSEKUTIF
U/P : PETI TENDER, UNIT PEROLEHAN
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)
LOT 1, JALAN 15/1, SEKSYEN 15
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN

Read 1 times Last modified on Thursday, 30 April 2026 16:30
open