Tuesday, 17 June 2025
KENYATAAN TAWARAN TENDER
Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor ‐ kontraktor tempatan yang berpengalaman dan memenuhi syarat pendaftaran untuk mengambil bahagian di dalam tender berikut;
BUTIR-BUTIR TAWARAN

NO. SEBUT HARGA : NIOSH/NO.TD.01/2025-HRD

PERKHIDMATAN INSURAN BAGI KAKITANGAN NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH (NIOSH)

TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN DIJUAL

TARIKH : 23 Jun - 10 Julai 2025

MASA : 09.00 pagi – 04.00 ptg(Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

TEMPAT : National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH) Lot 1, Jalan 15/1, Section 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

SYARAT PEROLEHAN

Pembekal hendaklah mempunyai sijil berikut:

  1. Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Borang D/E) yang masih sah tempoh DAN (Borang 49) Pemilikan syarikat yang telah diperakui.
  2. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang bekalan/ perkhidmatan kategori : 221801 Syarikat Insuran (Perlu Lesen Bank Negara).
  3. Merdaftar sebagai Pembekal NIOSH melalui sistem E-Vendor.
  4. Mempunyai pengalaman dalam bidang yang ditawarkan.
  5. Kehadiran taklimat adalah WAJIB.
TARIKH, TEMPAT TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

TARIKH : 23 Jun 2025 (Isnin)

JAM : 10.00 Pagi

Tempat : Bilik Latihan Aman, National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH)

MAKLUMAT PENTING: Untuk pengesahan Kehadiran ke sesi taklimat, syarikat / kontraktor boleh membuat pengesahan melalui email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 20.06.2025 (JUMAAT), 12.00 T/HARI.

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

Tarikh : 10 Julai 2025

HARI : Khamis

Jam : 12 tengahari

SEBUT HARGA YANG LEWAT DITERIMA TIDAK AKAN DILAYAN

1.HHarga dokumen tawaran tender ialah RM100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Ringgit Sahaja) bagi setiap satu dokumen. Bayaran adalah secara atas talian (online payment) dan tidak akan dikembalikan.

2.Taklimat tender hanya boleh dihadiri oleh pemilik syarikat atau wakil syarikat yang sah dengan mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) bagi dokumen-dokumen berikut;

  1. Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang bekalan/ perkhidmatan kategori : 221801 Syarikat Insuran (Perlu Lesen Bank Negara)
  3. Surat wakil kuasa adalah WAJIB sekiranya wakil syarikat yang menghadiri taklimat.

3.Dokumen tawaran tender boleh dibeli oleh pemilik syarikat / wakil syarikat yang sah sahaja selepas taklimat tender dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti di para 2.

4.Dokumen tender yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dengan mencatatkan Nombor tender dan Tajuk tender di bahagian kiri atas sampul surat dengan jelas dan terang. Sila kurier dokumen sebut harga ke alamat dibawah sebelum tarikh tutup sebut harga ;

PENGARAH EKSEKUTIF
U/P : PETI TENDER, UNIT PEROLEHAN
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)
LOT 1, JALAN 15/1, SEKSYEN 15
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN

Read 5 times Last modified on Monday, 16 June 2025 12:16
open