Tuesday, 17 June 2025
KENYATAAN TAWARAN TENDER
Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor ‐ kontraktor tempatan yang berpengalaman dan memenuhi syarat pendaftaran untuk mengambil bahagian di dalam tender berikut;
BUTIR-BUTIR TAWARAN

NO. SEBUT HARGA : NIOSH/NO.SH.27/2025-PMD

CADANGAN KERJA-KERJA PEMASANGAN ROLLER SHUTTER AUTOMATIK DAN LAIN-LAIN KERJA PENAMBAHBAIKAN BERKAITAN UNTUK PEJABAT NIOSH NEGERI KELANTAN DI PT 1153 DAN PT 1155, TAMAN BENDAHARA, JALAN BENDAHARA, 3/36, 16100 KOTA BHARU, KELANTAN

TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN DIJUAL

TARIKH : 25 Jun - 07 Julai 2025

MASA : 09.00 pagi – 04.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

TEMPAT : Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), NIOSH Negeri KelantanDi PT 1153 & PT 1155, Taman Bendahara, Jalan Bendahara, 3/36, 16100 Kota Bharu, Kelantan

SYARAT PEROLEHAN

Pembekal hendaklah mempunyai sijil berikut:

  1. Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Borang D/E) yang masih sah tempoh DAN (Borang 49) Pemilikan syarikat yang telah diperakui
  2. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Gred G1 berdaftar dengan CIDB.
  3. Sijil Taraf Bumiputera (SBT) berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
  4. Sijil Perakauan Pendaftaran Kontraktor (PKK) Kategori (B) Pengkhususan B04 (Kerja – kerja Pembinaan Bangunan)
  5. Merdaftar sebagai Pembekal NIOSH melalui sistem E-Vendor.
  6. Mempunyai pengalaman dalam bidang yang ditawarkan.
  7. Kehadiran taklimat adalah WAJIB.
TARIKH, TEMPAT TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

TARIKH : 25 Jun 2025 (Rabu)

JAM : 09.30 pagi

Tempat : NIOSH Negeri Kelantan

MAKLUMAT PENTING: Untuk pengesahan Kehadiran ke sesi taklimat, syarikat / kontraktor boleh membuat janji temu melalui email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 24.06.2025 (SELASA), 04.00 petang.

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

Tarikh : 07 Julai 2025

HARI : Isnin

Jam : 12 tengahari

SEBUT HARGA YANG LEWAT DITERIMA TIDAK AKAN DILAYAN

1.Harga dokumen tawaran sebut harga ialah RM50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja) bagi setiap satu dokumen. Bayaran adalah secara atas talian (online payment) dan tidak akan dikembalikan.

2.Taklimat sebut harga hanya boleh dihadiri oleh pemilik syarikat atau wakil syarikat yang sah dengan mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) bagi dokumen-dokumen berikut;

  1. Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Berdaftar dengan CIDB yang masih sah. Gred, Kategori dan Pengkhususan: G1; B04
  3. Sijil Taraf Bumiputera (SBT) berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) 
  4. Surat wakil kuasa adalah WAJIB sekiranya wakil syarikat yang menghadiri taklimat.

3.Dokumen tawaran sebut harga boleh dibeli oleh pemilik syarikat / wakil syarikat yang sah sahaja selepas taklimat sebut harga dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti di para 2.

4.Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dengan mencatatkan Nombor Sebut Harga dan Tajuk Sebut Harga di bahagian kiri atas sampul surat dengan jelas dan terang. Sila kurier dokumen sebut harga ke alamat dibawah sebelum tarikh tutup sebut harga ;

PENGARAH EKSEKUTIF
U/P : PETI TENDER, UNIT PEROLEHAN
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)
LOT 1, JALAN 15/1, SEKSYEN 15
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN

Read 2 times Last modified on Monday, 16 June 2025 12:23
open