Thursday, 21 May 2026
KENYATAAN TAWARAN TENDER
Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor ‐ kontraktor tempatan yang berpengalaman dan memenuhi syarat pendaftaran untuk mengambil bahagian di dalam tender berikut;
BUTIR-BUTIR TAWARAN
NO. TENDER : NIOSH/NO/TD.01/2026-HRD
 
PERKHIDMATAN INSURAN BAGI KAKITANGAN NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)
TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN DIJUAL
TARIKH : 21 Mei (Khamis) - 15 Jun 2026 (Isnin)
MASA : 09.00 PAGI – 04.00 PTG (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).
 

TEMPAT : National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH) Lot 1, Jalan 15/1, Section 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

SYARAT WAJIB PEROLEHAN
  1. Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Borang D/E) yang masih sah tempoh DAN (Borang 49) Pemilikan syarikat yang telah diperakui
  2. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang bekalan/ perkhidmatan kategori : 221801 Syarikat Insuran (Perlu Lesen Bank Negara)
  3. Merdaftar sebagai Pembekal NIOSH melalui sistem E-Vendor.
  4. Mempunyai pengalaman dalam bidang yang ditawarkan.
  5. Kehadiran taklimat adalah WAJIB.
TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT

TARIKH  : 21 Mei 2026 (Khamis)

MASA : 10.00 Pagi

TEMPAT : Bilik Mesyuarat CRD National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH)

MAKLUMAT PENTING:

Untuk pengesahan Kehadiran ke sesi taklimat, syarikat / kontraktor boleh membuat pengesahan melalui email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 20.05.2026 (RABU), 12.00 T/HARI.

TARIKH TENDER DITUTUP
TARIKH : 15 Jun 2026
Hari : Isnin
MASA : 12 tengahari
 
 
TENDER YANG LEWAT DITERIMA MELALUI SERAHAN TANGAN/ KURIER/ POS TIDAK AKAN DILAYAN.
  1. Harga dokumen tawaran tender ialah RM100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Ringgit Sahaja) bagi setiap satu dokumen. Bayaran adalah secara atas talian (online payment) dan tidak akan dikembalikan..
  2. Taklimat tender hanya boleh dihadiri oleh pemilik syarikat atau wakil syarikat yang sah dengan mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) bagi dokumen-dokumen berikut;
    1. Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
    2. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang bekalan/ perkhidmatan kategori : 221801 Syarikat Insuran (Perlu Lesen Bank Negara)
    3. Surat wakil kuasa adalah WAJIB sekiranya wakil syarikat yang menghadiri taklimat.
  3. Dokumen tawaran tender boleh dibeli oleh pemilik syarikat / wakil syarikat yang sah sahaja selepas taklimat tender dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti di para 2.
  4. Dokumen tender yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dengan mencatatkan Nombor tender dan Tajuk tender di bahagian kiri atas sampul surat dengan jelas dan terang. Sila kurier dokumen sebut harga ke alamat dibawah sebelum tarikh tutup sebut harga ;

 

PENGARAH EKSEKUTIF
U/P : PETI TENDER, UNIT PEROLEHAN
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)
LOT 1, JALAN 15/1, SEKSYEN 15
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN

Read 95 times Last modified on Friday, 15 May 2026 10:19
open