Monday, 18 June 2018

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 999

Items filtered by date: December 2012
Tuesday, 14 October 2014 15:45

Ensure Safety of Spinning Rides

The Star, 14/10/2014

The recent case of an eight-year-old Malaysian girl, who was killed after being flung out of her seat from a spinning ride at the Royal Adelaide show, should serve as a bitter lesson to us with a view of preventing similar tragedies in Malaysia.

The mother of the girl, Adelene Leong, must have been traumatised given her description of her daughter as “my lovely beautiful...wonderful little angel of my heart”.

According to the report from Adelaide, the deceased was thrown from the AirMaxx 360 ride which had a height requirement.

The accident is now under investigation by the South Australian authority concerned and hopefully the report will be made public in due course.

The accident was most tragic and it is incumbent upon the authorities concerned to find out the actual cause so that such incidents can be prevented.

It could happen anyone if appropriate preventive measures are not taken.

In Malaysia, our concern is that occasionally there are amusement centres and fun fairs that have games and spinning rides.

In view of this, there are a number of issues which need to be looked into in the interest of safety.

The height limitation is enforced to gauge if a person is capable of properly utilising the safety restraints (seat belt/bar) provided.

There is a false assumption that riders who clear the height limitation understand the dangers associated with the restraint not properly worn or applied.

Safety checks must be conducted before a ride take-off to prevent any elements of neglect by the crew and operator.

The safety mechanisms, including seat restraints, must be regularly checked and maintained before each ride.

Questions that need to be looked into include: Are the ride operators/crew adequately trained by the ride manufacturer?

Is there an operation manual to ensure the proper operation of each ride?

Rides at permanent amusement parks may have a system in place but it will be better to subject them to regular audits.

It should be the concern of amusement park operators as well as that of the relevant authorities to ensure spinning rides at mobile circuses and fun-fairs are safe at all times.

TAN SRI LEE LAM THYE

Chairman, NIOSH 

 

Published in NIOSH In The News
Wednesday, 01 October 2014 17:05

FYi Bulletin October 2014

No Permit: PP13200/12/2013(032007)

October 2014: ISSN 1675.5464

Published in Buletin 2014
Monday, 01 September 2014 17:04

FYi Bulletin September 2014

No Permit: PP13200/12/2013(032007)

September 2014: ISSN 1675.5464

Published in Buletin 2014
Thursday, 21 August 2014 11:25

Insiden MRT Jadikan Pengajaran

Utusan, 21 Ogos 2014.

Kuala Lumpur 20  Ogos - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) melihat kejadian konkrit landasan projek MRT di Kota Damansara dekat sini  runtuh malam semalam yang mengorbankan tiga nyawa perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak.

Pengerusinya,Tan Sri Lee Lam Thye (gambar) menegaskan antara pihak yang perlu mengambil perhatian serius adalah golongan sub kontraktor yang dilihat kurang mengambil berat soal keselamatan di tapak pembinaan.

Jelas beliau ,hal demikian kerana kejadian seumpama itu mungkin berlaku akibat tidak mengikut peraturan-peraturan keselamatan di tapak pembinaan.

" Bila tiada pemantauan dan penyeliaan pada waktu kerja dijalankan,kemalangan boleh berlaku.Apabila struktur binaan jatuh,kemungkinan tidak ikut prosedur operasi standard (SOP).

" Berikutan ini,tanggungjawab berada pada bahu penyelia yang mungkin tidak buat pemantauan dan penyeliaan", katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu,jelas Lam Thye hanya dengan sistem  pengurusn keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang efektif akan menyumbang ke arah mencapai budaya keselamatan holistik dalam sesuatu industri.

Beliau berkata,konsep keselamatan berasaskan tingkah laku adalah perkara utama yang harus dititiberatkan dalam industri pembinaan agar setiap individu dapat melihat keselamatan sebagai tanggungjawab mereka.

Industri pembinaan menuntut sifat ketelitian aspek keselamatan dan perkara ini harus dijadikan teras dalam diri semua pihak.Setiap individu berisiko untuk terlibat dalam kemalangan.

" Perkara ini mesti dipupuk kedalam minda setiap individu di tempat kerja,agar kecuaian dan keselamatan tidak berlaku," katanya.

Published in NIOSH In The News
Friday, 01 August 2014 16:57

FYi Bulletin August 2014

No Permit: PP13200/12/2013(032007)

August 2014: ISSN 1675.5464

Published in Buletin 2014
Tuesday, 01 July 2014 16:56

FYi Bulletin July 2014

No Permit: PP13200/12/2013(032007)

July 2014: ISSN 1675.5464

Published in Buletin 2014
Sunday, 01 June 2014 16:50

FYi Bulletin June 2014

No Permit: PP13200/12/2013(032007)

June 2014: ISSN 1675.5464

Published in Buletin 2014

Utusan, 22 May 2014.

TINDAKAN proaktif, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof mengambil inisiatif mengadakan operasi penguatkuasaan bersepadu yang melibatkan beberapa agensi kerajaan di tapak pembinaan kampus UniKL-Malaysia, Institute of Aviation Technology baru-baru ini adalah satu langkah yang patut disokong dan dialu-alukan.

Semua pihak memang menantikan ba­dan berwajib mengambil tanggungjawab dan memikul akauntabiliti memantau dan menguatkuasakan peraturan keselamatan dan amalan baik berhubung kesihatan dan keselamatan terutamanya di tapak-tapak pembinaan.

Kini banyak kawasan pembinaan sedang rancak berjalan terutamanya di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar lain yang melibatkan pembangunan infrastruktur awam dan swasta.

Saban hari tragedi yang berlaku di tapak-tapak pembinaan akan menjadi berita utama di dada akhbar yang mendatangkan rasa gerun bagi orang awam terutamanya pengguna jalan raya ketika melalui kawasan pembinaan ini, khususnya yang melibatkan bangunan pencakar langit.

Konsep turun padang menteri ber­kenaan perlu dilakukan oleh semua hingga ke peringkat kakitangan pelaksana bagi me­langsungkan usaha ini supaya ia dapat mengekang berulangnya kemalangan di tempat kerja.

Adalah disarankan supaya penekanan bukan sahaja diberikan kepada semua projek pembangunan supaya sentiasa mematuhi dan mengamalkan kod amalan baik berhubung kesihatan dan keselamatan di tapak pembinaan, malah pemantauan perlu dilaksanakan serta dikuatkuasakan di semua tapak projek tersebut.

Hal ini kerana ia membabitkan ke­selamatan pekerja dan orang awam yang boleh mengakibatkan kecederaan tubuh badan dan kehilangan nyawa.

Penguatkuasaan undang-undang sedia ada bagi mengekang tragedi daripada berlaku di tapak pembinaan perlu dijalankan dengan tegas supaya mereka yang terlibat akan lebih berakauntabiliti terhadap tanggungjawab mereka menjaga keselamatan pekerja dan orang awam.

Jabatan Kerja Raya sebagai agensi pelaksana yang utama di dalam negara perlu bukan sekadar menjadi contoh malah menjadi model kepada agensi kerajaan dan swasta dalam pematuhan kepada undang-undang dan garis panduan keselamatan dan kesihat­an di tapak pembinaan.

Adalah diharapkan supaya ini menjadi permulaan ke arah penambahbaikan pe­nguatkuasaan dan pemantauan tanggungjawab keselamatan di tempat kerja bagi menzahirkan usaha sebenar membudayakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Saya ingin menyeru semua industri di negara ini terutamanya sektor pembinaan, supaya sentiasa sensitif terhadap keperluan keselamatan di tempat kerja dan berusaha untuk mencapai tahap kemalangan sifar.

Mereka yang terlibat di dalam industri pembinaan seharusnya menyedari kesan dan akibat mengabaikan garis panduan ke­selamatan dan mengambil jalan pintas, reka bentuk dan mutu kerja yang bermutu rendah dan kerja yang tidak diawasi atau diselia.

Sekiranya piawaian keselamatan dipa­tuhi dan prosedur serta peraturan ke­selamatan diikuti, saya percaya kecelakaan, kehilangan nyawa atau kecederaan dapat dielakkan.

Laporan mengenai kren tumbang di tapak pembinaan yang menyebabkan kerosakan kepada rumah dan harta awam adalah juga perkara yang menjadi perhatian serius kepada orang ramai. Aktiviti pembinaan yang mengabaikan kesan kepada alam sekitar mendatangkan masalah seperti banjir dan tanah runtuh.

Oleh itu, adalah amat penting bagi semua yang terlibat di dalam industri pembinaan supaya sentiasa sensitif kepada masalah tersebut dan mengambil semua langkah yang perlu untuk mengelakkan kemalangan di tempat kerja. Beberapa tragedi yang berlaku kebelakangan ini memerlukan pihak berkuasa memberikan perhatian kepada tahap piawaian keselamatan di tempat kerja yang lebih tinggi.

Merujuk kepada industri pembinaan, pihak pemaju perlu memikul tanggungjawab untuk memilih kontraktor yang berkelayakan dan berhemah dari segi ke­selamatan. Semasa mengeluarkan tender, perlu ditekankan bahawa penerimaan tender yang terendah bukanlah dengan me­ngorbankan prinsip keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Masanya telah tiba bagi pihak kontraktor yang ingin mengambil bahagian di dalam sesuatu kontrak pembinaan menyediakan polisi keselamatan, pelan pengenalpastian hazard, penilaian risiko, program pengawalan risiko dan juga maklumat me­ngenai pengalaman dan latihan keselamat­an yang diberikan kepada pekerja mereka.

Walaupun kerajaan menggubal undang-undang dan menguatkuasakannya, melaksanakan sistem pengurusan keselamatan di tapak pembinaan adalah tanggungjawab kontraktor utama dan subkontraktor.

Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkesan bukan sahaja mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja bahkan memberikan pulangan yang baik kepada syarikat dan meningkatkan produktiviti.

Keselamatan pekerjaan tidak sepatutnya dilihat sebagai faktor yang melenyapkan keuntungan di dalam pengurusan industri, sebaliknya hendaklah dianggap sebagai pemangkin produktiviti terutamanya di dalam industri pembinaan.

TAN SRI LEE LAM THYE ialah Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).

Published in NIOSH In The News
Thursday, 01 May 2014 16:45

FYi Bulletin May 2014

No Permit: PP13200/12/2013(032007)

May 2014: ISSN 1675.5464

Published in Buletin 2014
Tuesday, 01 April 2014 16:37

FYi Bulletin April 2014

No Permit: PP13200/12/2013(032007)

April 2014: ISSN 1675.5464

Published in Buletin 2014
Page 11 of 17

Most Popular News

open