Friday, 20 April 2018

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 999

Thursday, 04 October 2012 15:25

Nahas Pergi, Balik Kerja Meningkat

Written by
Rate this item
(0 votes)

Berita Harian, 4 October 2012

Kuala Lumpur: Dua daripada tiga kematian berkaitan kerja yang berlaku setiap hari di negara ini adalah akibat kemalangan jalan raya, ketika pergi dan balik kerja.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata walaupun kemalangan industri berkurangan, jumlah kemalangan jalan raya ketika pergi dan balik kerja meningkat 40 peratus bagi tempoh enam tahun lalu.

Menurut statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), kadar kemalangan di tempat kerja menurun 37 peratus daripada 95,006 kes pada 2000 kepada 59,897 kes pada 2011 berikutan peningkatan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Peningkatan membimbangkan

Namun, Lam Thye bimbang dengan jumlah tinggi kemalangan maut di Malaysia membabitkan pekerja dalam perjalanan pergi dan balik kerja.

"6,000 kematian dicatatkan setiap tahun sejak beberapa tahun lalu dan ini diterjemahkan kepada 18 hingga 20 nyawa setiap hari," katanya.

Read 2021 times Last modified on Friday, 04 September 2015 15:53

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Most Popular News

open