Wednesday, 24 January 2018

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 999

Thursday, 12 January 2012 10:34

NIOSH Tawar 104 Kursus Dalam Tiga Bidang Utama Di Sabah

Written by
Rate this item
(0 votes)

KOTA KINABALU, 12 Jan (Bernama) -- Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) menawarkan 104 kursus, termasuk 50 kursus berjadual, dalam tiga bidang utama di negeri ini bagi memantapkan sistem keselamatan serta kesihatan pekerjaan selain mengurangkan kemalangan di tempat kerja.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata perancangan itu diatur berikutan Belanjawan 2012 Sabah berjumlah kira-kira RM4.04 juta yang turut melibatkan sektor pertanian, pelancongan dan pembuatan.

"Ekonomi negeri diramal berkembang di antara 4.5 peratus hingga 5 peratus dan pelaburan awam dan swasta serta penggunaan domestik akan terus merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri di bawah bayu ini," katanya sempena majlis makan tengahari bersama media Khamis.

Beliau berkata antara penekanan yang akan dilakukan di Niosh Wilayah Sabah sepanjang tahun ini termasuk perancangan mengadakan 14 kursus berjadual, 18 kursus dalaman dan tiga seminar kesedaran dengan anggaran penyertaan keseluruhan seramai 1,000 orang bagi Bahagian Pertanian dan Perladangan (APD).

"Manakala Bahagian Kesihatan Pekerjaan dan Hospitaliti (OHH) secara umumnya akan menjalankan 18 kursus berjadual dan 13 kursus dalaman yang berkaitan dengan Kesihatan Pekerjaan dengan sasaran 600 peserta," katanya.

Lee, yang juga Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), berkata sebanyak 18 kursus berjadual turut diatur dengan 23 kursus dalaman serta 70 kursus pasport keselamatan dengan sasaran peserta keseluruhan seramai 2,600 orang bagi Bahagian keselamatan Pekerjaan dan Sistem pengurusan (OSMS).

Beliau berkata selain itu, Bahagian OHH juga dijangka menjalankan beberapa siri seminar dan kursus tajaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan sasaran melatih 500 peserta di Kota Kinabalu dan Tawau serta satu kursus dalaman yang bertajuk 'OSH-Basic Water Safety' yang akan dikendalikan APD.

"Namun kursus ini masih di dalam peringkat pembinaan modul dan dijangka berada di pasaran tahun ini," katanya.

-- BERNAMA

 

Read 2816 times Last modified on Monday, 07 September 2015 11:54

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Most Popular News

open