Tuesday, 19 March 2024

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 999

Sunday, 29 April 2012 12:27

Pembinaan Paling Tinggi Kemalangan

Written by
Rate this item
(0 votes)

BANGI: Industri pembinaan menyumbang kepada jumlah paling tinggi kemalangan dan kecederaan di tempat kerja iaitu kirakira 4,665 kes daripada angka keseluruhan 35,616 kejadian malang itu sepanjang 2010.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata industri perkhidmatan membabitkan elektrik, air dan gas pula mencatat jumlah kedua tertinggi kemalangan dan kecederaan di tempat kerja sebanyak 2,819 kes, manakala 599 kes bagi industri pembuatan.

Katanya, jumlah kemalangan dan kecederaan di tempat kerja secara keseluruhan pada 2010, menurun 39,770, iaitu kirakira 50 peratus daripada 75,386 kes berbanding 10 tahun lalu.

"Ini satu perkembangan positif dan penurunan ini dapat dicapai hasil peningkatan tahap kesedaran di kalangan pekerja dan majikan dengan keduadua pihak menunjukkan komitmen kepada keselamatan pekerja.

"Ia juga disebabkan pelbagai usaha ditumpukan kerajaan dalam menangani perkara itu, terutama melalui kempen oleh NIOSH, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH).

"Selain itu, faktor ketiga penurunan itu membabitkan inisiatif majikan yang mengutamakan aspek keselamatan walaupun terpaksa melabur tinggi seperti membeli alat perlindungan diri kepada pekerja," katanya selepas melancarkan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) Sedunia, di bangunan NIOSH, di sini.

Bertemakan `Mempromosi Keselamatan dan Kesihatan dalam Ekonomi Hijau', OSH disambut setiap 28 April untuk mengingatkan golongan pekerja supaya mencegah kemalangan dan penyakit disebabkan pekerjaan, di seluruh dunia.

Sementara itu, beliau berkata kira-kira 20 sekolah menengah di Lembah Klang sudah membabitkan diri dalam program OSH anjuran NIOSH di sekolah, sejak diperkenalkan Mac lalu.

Katanya, program itu bagi memberi kesedaran melalui kempen kepada pelajar untuk mengelak berlaku kemalangan di beberapa tempat di sekolah seperti di kelas dan makmal akibat kecuaian atau kerosakan infrastruktur yang mampu mengancam nyawa.

"Bagi mengelak kemalangan kepada pelajar sama ada di sekolah atau aktiviti luar sekolah, guru juga disaran mempertingkatkan pengetahuan dalam OSH bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini kepada pelajar seperti pelajar terkena api dan melecur teruk ketika mengikuti perkhemahan, " katanya.

Read 10161 times Last modified on Monday, 07 September 2015 14:12

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Most Popular News

open