Tuesday, 19 March 2024

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 999

Monday, 03 September 2012 08:56

Syarikat Abai Arahan OSH Diberi Amaran Tindakan Tegas

Written by
Rate this item
(0 votes)

Harian Metro, 4 September 2012;

KUALA LUMPUR: Mana-mana syarikat yang tidak mengamalkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) dengan betul khususnya ketika berlaku bencana boleh diambil tindakan tegas, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Mengambil contoh kejadian kapal tangki milik MISC Berhad, MV Bunga Alpinia yang terbakar dan meletup di Jeti Terminal Loji Petronas Metanol Labuan, Julai lalu hingga mengakibatkan lima terkorban, beliau berkata, insiden itu perlu diambil iktibar semua majikan secara serius.

Jelasnya, prosedur keselamatan seharusnya berada di tahap betul, malah apabila berlakunya situasi mendesak, ia perlu beroperasi dengan baik tanpa mengakibatkan musibah ke atas pekerja.

"Dalam kejadian kapal meletup itu kami dapati langkah keselamatan ketika terkena petir tidak berfungsi dengan baik. Kami akan siasat dengan menyeluruh, jika terdapat sebarang kesilapan tindakan boleh diambil.

"Tapi lebih utamanya, apa yang boleh kita belajar daripada kejadian ini ialah memastikan semua langkah keselamatan berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan elok terutama ketika bencana," katanya di sini, semalam.

Beliau terdahulu merasmikan Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH) ke-15 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, di sini, diadakan serentak dengan Persidangan Institut Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Asian (AOSHRI) ke-4.

Seramai 1,300 peserta menghadiri persidangan itu yang turut membabitkan kontinjen daripada 14 negara.

Dalam pada itu, Subramaniam turut menggesa majikan supaya tidak lokek membuat pelaburan dalam bidang OSH berikutan percaya ia adalah usaha penting ke arah membantu meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat.

"Apabila bercakap mengenai kesihatan, kita bukan hanya bercakap mengenai kesihatan fizikal, malah kesihatan mental serta emosi. Ia seharusnya menjadi pendekatan holistik kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

"Kerana itu tak rugi sekiranya majikan melabur dalam OSH untuk mempersiapkan pekerja mereka sekali gus produktiviti turut meningkat," katanya.

Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200,000 kepada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) sebagai dana penyelidikan yang diberi kepada mana-mana pihak berhasrat menyelidik bidang OSH.

Katanya, dana itu yang diberi secara tahunan diharap dapat diteruskan di masa akan datang, sekali gus membantu penyelidik membangun data komprehensif berkaitan.

 

Read 10709 times Last modified on Tuesday, 08 September 2015 09:05

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Most Popular News

open