Friday, 29 March 2024

National Institute of Occupational Safety and Health

MAKLUMAN OPERASI DI PEJABAT NIOSH WILAYAH SARAWAK

MAKLUMAN OPERASI DI PEJABAT NIOSH WILAYAH SARAWAK

Berdasarkan pengumuman terbaru Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Sarawak Disaster Management Centre (SDMC), sukacita dimaklumkan bahawa operasi NIOSH Wilayah Sarawak (Kuching, Bintulu, Miri dan Kapit) telah dibuka semula.

Semua aktiviti termasuk latihan, rundingan, seminar, peperiksaan dan lain-lain secara bersemuka akan berjalan seperti biasa mengikut prosedur standard operasi (SOP) terkini yang telah ditetapkan oleh MKN dan SDMC. Program latihan secara atas talian juga akan berjalan seperti biasa.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi talian 0196256601 (Kuching), 0192333947 / 0192333975 (Bintulu), 0192333820 (Miri) atau 01125026609 (Kapit).

Klik di sini untuk muat turun makluman.

 

Komitmen Menentang Sogokan dan Rasuah

Komitmen Menentang Sogokan dan Rasuah
Commitment to Against Bribery and Corruption

Pelanggan dan pemegang taruh yang dihormati,
Dear Respected Client and Stakeholder,

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang telah ditubuhkan untuk memberikan latihan, khidmat rundingan, penyelidikan dan pembangunan serta penyebaran maklumat dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjan (KKP). Sehubungan dengan itu, NIOSH menyokong usaha antirasuah Kerajaan, Kementerian dan SPRM dengan memperkuat tadbir urus korporatnya dan sentiasa menerapkan amalan perniagaan yang beretika dalam kalangan lembaga pengarah, pengurusan, warga kerja, pelanggan, vendor dan pemegang taruh bagi mematuhi undang-undang antirasuah.

The Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) is an outfit of the Minister of Human Resources established to conduct Training, Consultancy Services, Research and Development in addition to disseminating information relating to helath and safety at the workplace. In this regard, NIOSH support the endeavours of the Goverment, Ministries and Malaysian Anti-Coruruption Commission (MACC) through strengthening the corporate management principles by instilling ethical business practices amongst Board Members, Management, staff, clients, vendor and stakeholders to comply with the anti-corruption laws in force.

Polisi Antirasuah NIOSH
NIOSH Anti-Corruption Policy
Pngtreevector download icon 3994921
Komitmen Menentang Sogokan dan Rasuah
Commitment to Against Bribery and Corruption
Pngtreevector download icon 3994921


 

Makluman Pengambilan Kad

 

Makluman pengambilan kad Oil and Gas Safety Passport (OGSP) dan kad Air Selangor-NIOSH Safety Passport (ANSP).

Bagi menyokong keperluan sektor essential services, kad Safety Passport boleh diambil pada setiap hari Selasa bagi kad Oil and Gas Safety Passport (OGSP) di seluruh pejabat NIOSH, manakala bagi pengambilan kad Air Selangor – NIOSH Safety Passport (ANSP) hanya di NIOSH Bandar Baru Bangi pada setiap hari Rabu. Masa pengambilan kad adalah melalui temujanji SAHAJA.

Klik di sini untuk surat makluman.

Makluman Penangguhan Peperiksaan

Notis makluman peperiksaan :

Berikutan pengisytiharan perintah kawalan pergerakan (pkp) di seluruh malaysia, dimaklumkan kesemua peperiksaan kertas bertulis & praktikal ditangguhkan sehingga dimaklumkan. Manakala peperiksaan kertas pembentangan akan dilaksanakan secara dalam talian seperti yang telah dijadualkan.

Berikut merupakan butiran peperiksaan  :

  MAKLUMAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN

BIL.

  PEPERIKSAAN

KERTAS

TARIKH

1

  PEPERIKSAAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA (SSS)

KERTAS 2B - PEMBENTANGAN

15-17 JUN 2021

2

  PEPERIKSAAN TRAIN THE TRAINER (TTT)

-

04 JUN 2021

3

  PEPERIKSAAN CHEMICAL HEALTH RISK ASSESSOR (CHRA)

KERTAS 2

09-10 JUN 2021

  4

  PEPERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SHO)

KERTAS 4   30 JUN - 01 JULAI 2021